Wednesday, December 24, 2014

hukum mewarna kuku


"eh..kamu pakai pewarna kuku ni,macam mana nak sembahyang..berdosa pakai ni..air sembahyang tak kena..kalau kamu tiba2 mati camana?tak sempat nak cuci.."

"Yang saya tahu,kalau mati kuku masih ada warna,bubuh lah pencuci apapun tak boleh keluar...pasal darah dalam badan dah tak mengalir dan tidak boleh bertindak balas dengan pencuci...jadi dia kekal ke dalam liang lahad,nanti jawablah dengan munkar nakir"

                  Inilah dua ayat yang buat seorang kawan saya tu marah.Maklumlah dia ni pakai pewarna kuku.Katanya apa salahnya guna pewarna kuku sebab kalau nak solat,boleh bersihkan.makcik tu yang tak tahu hukum.

                  Amboi mulut...sebenarnya, hukum memakai inai bagi wanita adalah harus tetapi jika warna inai adalah selain dari warna oren kekuningan, kebanyakan ulama mengharamkannya.

Seperti kata Ibn Umar ra: “Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami). bahan dari: http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2014/08/hukum-memakai-inai-berwarna-warni.html#

                 Pakai pewarna kuku ni ada sesetengah ulama berpendapat,ianya adalah haram.Kerana mewarna kuku dkira sebagai mengubah sifat kuku yang sebenar.Sama macam kita warnakan rambut.Walaupun ianya diperbuat dari bahan yang halal,ianya tetap mengubah sifat asal ciptaan Allah s.w.t.Alasan lainnya,meniru budaya bukan islam.

                Ada juga ulama yang mengharuskannya selagi ianya tidak diperbuat dari bahan yang mengandungi unsur haram atau memudaratkan kesihatan.Selagi tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk atau berhias untuk selain suami.Asalkan ianya masih boleh ditanggalkan selepas dicuci.

               Tetapi adalah lebih baik kita mengelak dari menggunakan pewarna yang tidak telap air untuk memudahkan kita membersihkannya sebelum menyempurnakan wuduk.Atau untuk meratakan air ke seluruh anggota badan ketika mandi wajib.Sesungguhnya islam mengutamakan yang mudah.

              Dari Mu’adzah: Ada seorang wanita bertanya kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha,

"Apakah wanita yang sedang haid boleh memakai pacar?” Aisyah menjawab: Pada saat sedang disisi nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kami memakai pacar pada kuku, dan beliau tidak melarang kami melakukan hal itu”. [Hadits sanad shahih, diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah (656)Pacar itu adalah inai,bukan pewarna kuku kalis air.

             Kalau mengikut cara saya lagi mudah.Buat apa kita nak peningkan kepala...kita akan solat hanya berselang beberapa jam sahaja.Setiap kali nak berwuduk nak kena cuci warna kuku.Nak kena cuci mekap.memang buang masa.Cukuplah nak tanggalkan mekap aje...Saya tak kuasa betul nak buang masa saya dengan sesi bersih membersih macam ni.Cukuplah saya bersih diri dari hadas kecil dan hadas besar.

             Jadi,kalau saya nampak orang yang guna pewarna kuku ni,rasanya ada dua katogori.Satu ialah orang yang sangat rajin dan gigih mencucinya setiap kali solat,atau orang yang tak payah solat sebab uzur.